Translate

Wednesday, July 12, 2017

BEZANYA DEMOKRASI DAHULU DAN SEKARANG


Salleh Said Keruak

1. Ada pihak yang mendakwa pemerintahan sekarang tidak demokratik.

2. Bagi membuktikan dakwaan ini, maka Akta SOSMA, POTA, dan MKN digunakan sebagai bukti negara ini tidak demokratik.

3. Dakwaan tersebut adalah putar belit fakta.  Ini kerana akta-akta di atas adalah akta pencegahan yang memenuhi peruntukan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan negara.

4. Akta sebegini adalah hard power yang digunakan oleh semua negara di dunia ini, baik itu negara demokratik atau negara komunis.

5. Dahulu akta pencegahan ini kerap digunakan.  Misalnya, ISA digunakan dalam tragedi Memali pada tahun 1985, digunakan untuk menahan pemimpin pembangkang dan akitivis NGO dalam Operasi Lalang pada tahun 1987, dan digunakan untuk menyekat cabaran Anwar Ibrahim terhadap kepimpinan negara pada tahun 1998.

6. Bezanya ialah dahulu akta ini digunakan untuk mengekalkan kuasa kepimpinan pemerintah, tetapi sekarang ini, akta pencegahan ini digunakan untuk mengawal keselamatan negara.

7. SOSMA  masih membenarkan andaian ‘tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’, dan boleh dicabar di mahkamah, bukannya seperti ISA yang membolehkan seseorang ditahan tanpa bicara.

8. SOSMA tidak boleh digunakan secara sewenang-wenangnya seperti mana ISA.  Pada 20 Mei 2013, Mahkamah Tinggi telah memutuskan dalam kes penahanan Yazid Sufaat, Halimah Hussein dan Muhammad Hilmi Hasim bahawa Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan hanya terpakai bagi tindakan ancaman keselamatan di Malaysia.

9. Jelasnya SOSMA itu bukan ISA.  Pertanyaannya, apakah pemerintah dahulu yang menahan lawan politiknya di bawah ISA itu demokratik, manakala kerajaan sekarang yang menghapuskan ISA sebagai tidak demokratik?

10. Kita perlu bersikap adil dalam menilai hal ini.  Ini kerana kerajaan pada hari ini lebih demokratik dalam menjalankan tanggunjawabnya untuk negara.

No comments: